Manchester United

Marquee

Assalamualaikum/salam sejahtera. Welcome To My Website Jual Beli Superbike Singapore____________ Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi._____________ Kalau ada jarum patah, Jangan simpan di dalam hati Kalau ada silap dan salah Jangan simpan di dalam hati.

Monday, 3 December 2012

malaysia tigers


Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. 

Monday, 12 November 2012

Kata-kata hikmah drpda Aman Axien


(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
(21) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

salam cinta


Dalam dunia ni pasti kita tak terlepas dari cinta kan..
cinta terhadap Allah,Rasul,Ibu,Ayah,Kekasih...
Cinta yang teragung pastinya kepada Allah S.W.T..
cinta manusia boleh lenyap bila-bila masa sahaja bila Dia pinta..
sebab itu jangan mencintai seseorang itu melebihi cinta kita kepada Pencipta.

Kadang-kadang kita sanggup menangis berhari-hari bila terputusnya cinta manusia
 tanpa kita sedari cinta Allah sentiasa bersama kita.
Seperti apa yang terjadi ada hikmahnya begitu juga dengan cinta..
bila cinta kita berakhir dengannya pasti ada yang tebaik untuk kita.
mungkin tidak sama dengan cinta sebelumnya tapi cinta yang hadir kini ada keistimewaannya..

percayalah kita pasti berterima kasih pada bekas teman lelaki/wanita kita
 kerana memutuskan kasih yang terbina kerana hari ni kita mungkin
 lebih berjaya dari ketika bersamanya,
kerana mungkin teman yang kita temui hari ini jauh lebih baik darinya,
atau mungkin kehidupan kita hari ini jauh lebih tenang dari ketika bersamanya..

Renungkan kembali betapa indahnya mentari yang menyinar kini
selepas hujan yang turun menimpa dalam hidup kita ;-)

Sunday, 28 October 2012

Arsene Wenger

Wenger berkata pemain sayap Newcaslte United, Hatem Ben Arfa ialah pemain yang sangat ideal bagi menggantikan tempat pemain lincah mereka, Theo Walcott yang ingin keluar dari Arsenal, Januari ini.

Old - Trafford

Mengikut statistic FIFA Old-Trafford Stadium ialah antara stadium terbesar EPL